Posts

Showing posts from November, 2017

Takwim Jadual Kalendar 2018

Image
Tahun 2017 sudah berlalu kemudian pastinya banyak perkara berlaku pada diri kita persis ada yang kita rancang atau tidak. Takwim, Jadual dan Kalendar 2018 yang akan admin kongsikan sekarang ialah satu susunan yang paling lengkap dan terbagus setakat ini bagi mendukung rakyat Malaysia membuat perancangan terbaik. Sebelum kita naik jauh, sebetulnya admin nak tanya adakah anda sepenuhnya tahu apa perbezaan masa Takwim, Jadual dan Kalendar ini? Adakah semuanya persis sahaja atau penggunaannya ialah berbeza? Jadual Peperiksaan KPM Jadual Peperiksaan UPSR 2018 Jadual Peperiksaan PT3 2018 Jadual Peperiksaan SPM 2018 Jadual Peperiksaan STPM 2018 Jadual Peperiksaan MUET 2018 Jadual Peperiksaan STAM 2018

Tempat Menarik Negeri Sembilan

Image
Terdapat banyak tempat menarik di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan yang penuh dengan adat ini merupakan satu negeri yang tidak asing lagi sebagai destinasi percutian buat warga kota. Lokasinya yang begitu dekat dengan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor menjadikannya satu pilihan yang tepat untuk bersantai. Namun tahukah kita selain lokasinya yang strategik, Negeri Sembilan ini juga sebenarnya mempunyai beberapa lagi kelebihan yang disebut-sebut di dalam teka-teki moden zaman kini. Mari kita bermain dengan teka-teki yang menarik ini sekejap. Dimanakah bukit paling bahaya di Malaysia? = Bukit Putus, Jln Sban-K.Pilah. Dimanakah tempat paling mencabar di Malaysia? = Air Panas, Pedas. Dimanakah tempat yang ada pantai tetapi tiada laut di Malaysia? = Pantai, Jln Sban-K.Klawang. Dimanakah sungai paling bersinar dan bercahaya Malaysia? = Sungai Menyala, Port Dickson. Dimanakah parit paling tinggi di Malaysia? = Parit Tinggi, Kuala Pilah. Dimanakah tempat

Tempat Menarik Pahang

Image
Terdapat banyak tempat menarik di pahang. Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa. Hari ini  tempatmenarik.my  akan panjangkan kisah mengenai negeri Pahang yang mempunyai pelbagai khazanah alam semulajadi ini. Pastinya akan ada sesuatu yang kita tidak jangkakan akan dapat kita terokai. Jadi kenapa perlu pergi jauh jika hanya di Pahang anda akan dapat rasai pelbagai pengalaman baru? https://www.tempatmenarik.my/tempat-menarik-pahang

Tempat Menarik Perak

Image
Setiap negeri biasanya akan ada lokasi atau orang sekarang panggil “port” awesome yang memang kalau kita sampai sahaja perkataan pertama yang akan keluar dari mulut kita ialah “WOW..”! Dan sebenarnya itulah tugas kami barisan admin di t empatmenarik.my  untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi perlancongan di mata dunia. Jadi sebenarnya terdapat banyak “port” yang memang sangat menarik di negeri Perak ini. Bezanya cuma sama ada kita nak pergi atau tidak sahaja. Kalau sebelum ini anda belum tahu, jadi kali ini anda akan tahu. Dah tahu kenalah pergi, betul tak? Ok mari kita kenali dulu serba sedikit mengenai negeri Perak ini. https://www.tempatmenarik.my/tempat-menarik-perak

Tempat Menarik Perlis

Image
Terdapat banyak tempat menarik di Perlis sebenarnya. Cakap sahaja tentang negeri Perlis maka mungkin akan ada yang teringat tentang “7 Pesona Negeri Perlis”. Negeri kecil ini mempunyai “Tujuh Pesona” tersendiri yang menggamit kunjungan. Pesona tersebut ialah : Panorama(Ladang Tebu Chuping, Empangan Timah Tasoh) Taman Ular dan Reptilia Perlis Harumanis Makanan Perlis (Laksa Kuala Perlis, makanan laut) Tarikan sempadan (Padang Besar, pasar Ahad Wang Kelian) Seni suara burung (Tekukur dan Merbok) Pengembaraan hutan (Taman Negeri, Gua Wang Burma) https://www.tempatmenarik.my/tempat-menarik-perlis

Tempat Menarik Pulau Pinang

Image
Terdapat banyak tempat menarik di Pulau Pinang. Sebut sahaja Pulau Pinang pasti terbayang dimata kita pelbagai tempat menarik yang ada disana. Jangan kata mata sahaja, mulut kita sendiri pun boleh rasa terliur apabila teringatkan masakan-masakan disana yang sangat sedap seperti Laksa, Nasi Kandar, Pasembur, Mee Hokkien, Cha Kuew Tiaw dan banyak lagi. Betul tak? Tapi kali ini, admin  tempatmenarik.my  nak senaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang supaya kalau ada antara kita sampai ke sini maka bukanlah menjamu selera semata-mata tetapi mereka juga sepatutnya menjamu mata sekali. Rugi pula kalau datang jalan-jalan ke Pulau Pinang tapi tak pergi ke tempat-tempat yang memang sangat cantik ini. https://www.tempatmenarik.my/tempat-menarik-pulau-pinang

Tempat Menarik Putrajaya

Image
Hari ini jom kita tinjau pulau tempat menarik di Putrajaya yang sangat awesome! Ya, seperti yang kita tahu, Putrajaya adalah Wilayah ketiga dan terkini Persekutuan Malaysia. Dibina di atas tanah paya luas dan bekas ladang kelapa sawit di Selangor, bandar meliputi kawasan seluas hampir 5,000 hektar dan terletak 25 km dari Kuala Lumpur. Putrajaya mengambil alih fungsi pentadbiran ibu kota Kuala Lumpur dan merupakan sebahagian daripada projek Multimedia Super Koridor kerajaan Malaysia. Banyak organisasi dan perancangan telah pergi ke dalam pembangunan Putrajaya sebagai sebuah bandar moden dengan teknologi komunikasi terkini dan infrastruktur progresif. https://www.tempatmenarik.my/tempat-menarik-putrajaya

Tempat Menarik Sabah

Image
  Terdapat banyak tempat menarik di Sabah. Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun. https://www.tempatmenarik.my/tempat-menarik-sabah

Tempat Menarik Sarawak

Image
Terdapat banyak tempat menarik di Sarawak. Sarawak merupakan salah satu negeri di Borneo yang merupakan negeri paling luas di Malaysia. Ianya merupakan salah satu negeri yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Sebut sahaja Sarawak pasti penggemar makanan akan teringat pelbagai masakan atau makanan yang sedap seperti Kek Batik Sarawak, Mee Kolok, Nasi Ayam Penyet dan sebagainya.  Bagi admin  tempatmenarik.my  sendiri yang pernah tinggal dan berkhidmat di Sarawak merasakan sangat-sangat  teruja dengan pelbagai tempat menarik disana. Boleh dikatakan hampir setiap kali cuti mahupun hujung minggu ada sahaja aktiviti yang boleh dilakukan. Kepelbagaian kaum, bahasa dan agama menjadikan Sarawak ini sangat unik.   https://www.tempatmenarik.my/tempat-menarik-sarawak